Sunday 10 June 2012

jum amal kan Al-Mulk

Assalamualaikum,


An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda:“Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”



Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
(Al-Mulk 67:1)
A002
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
(Al-Mulk 67:2)
A003
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
(Al-Mulk 67:3)
A004
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
(Al-Mulk 67:4)
A005
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
(Al-Mulk 67:5)
A006
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
(Al-Mulk 67:6) 
A007
Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
(Al-Mulk 67:7)
A008
Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"
(Al-Mulk 67:8
A009
Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "
(Al-Mulk 67:9
A010
Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".
(Al-Mulk 67:10
A011
Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.
(Al-Mulk 67:11
A012
Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
(Al-Mulk 67:12
A013
Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
(Al-Mulk 67:13
A014
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
(Al-Mulk 67:14
A015
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
(Al-Mulk 67:15
A016
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
(Al-Mulk 67:16
A017
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
(Al-Mulk 67:17
A018
Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
(Al-Mulk 67:18
A019
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Al-Mulk 67:19)
A020
Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.
(Al-Mulk 67:20
A021
Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
(Al-Mulk 67:21
A022
Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?
(Al-Mulk 67:22
A023
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".
(Al-Mulk 67:23
A024
Katakanlah lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan".
(Al-Mulk 67:24
A025
Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?"
(Al-Mulk 67:25
A026
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata".
(Al-Mulk 67:26
A027
Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!".
(Al-Mulk 67:27
A028
Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?".
(Al-Mulk 67:28)
A029
Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".
(Al-Mulk 67:29)
A030
Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?".
(Al-Mulk 67:30)
mari mari semua amalkan nya... =)

change as you can

assalamualaikum,

EVERYBODY CAN CHANGE !!

familiar sangat ayat di atas tuh.

yes, undeniable yang semua orang boleh berubah. bukan orang je sekarang ini yang boleh berubah. even, sebagai contoh, televisyen pun boleh berubah. bezakan televisyen dulu dan sekarang right.?

dan, orang mempunyai banyak persepsi sendir tentang perubahan diri.

            satu cerita tentang seorang budak yang taku sangat nak berubah. dia tidak pernah pakai tudung warna lain selain hitam kerana warna hitam sahaja yang tidak jarang dan menampak kan leher. kawan2, keluarga semua mendesak dia supaya tukar attitudenya terhadap fesyen. namun pendiriannya tetap, dia tetap tidak mahu melakukan sebarang perubahan.

             sampailah suatu masa, dia tahu akan kewujudan inner tdung yang boleh dipkai bersama tudung yang yang. di situ satu demi satu perubahan dia lakukan. kini dia berani memakai tudung warna lain yang jarang bersam inner tudung.

dalam cerita itu, dapat di summaries kan yang budak itu mengelak perubahan melainkan perubahan yang dia lakukan itu adalah tetap dan betul.

CHANGE!!! yes everybody can change.

BUT, kita perlu;lah bijak dalam melakukan perubahan. perubahan yang dilakukan mestilah diarahkan ke araah yang betul. to the right path. to the positive part not to the negative side.

samaada memakai tudung yang jarang dan pendek atau memakai tudung bersama inner yang labuh sehingga menutup dada.

itu pilihan kite, perubahan yang kita sendiri lakukan. yang akan membawa kita ke jannah atau ke jahannam

WAKE UP PEOPLE, DO CHANGE!!


Thursday 12 April 2012

PRECIOUS MOMENT

Assalamualaikum,

today post, agak sentimental because saya rasa sangat sentitive right now.
it's about the PRECIOUS MOMENT in my life, maybe in your life too.

1. moment  with my family ( of course)
         yeah, now saya hidup berdikari. makan sendiri, jalan sendiri. YES!! saya jealous dengan gamba2 yang di post ke FB semase keluarga saya sedang bersuke ria tanpa saya. and, the MOMENT where i used to be in that moment too. jalan2, take a picture, oppsss not A PICTURE but A LOT OF PICTURES. and that pictures ade dalam lappy, dan suatu hari this lappy punye hard disk rosak and kene ganti yg baru. so, that pictures disappears.. but, my second hard disk ( whch is my BRAIN) keep the copies. I do rememder that time when we all singgah teluk batik on the way nak balik ipoh. the moment bile kenduri semua org wajib pergi sbb dapat makan free and balik x yah susah2 nak masak. and, maen bowling, shopping, all of that.   that is the precious moment. but now, it seem like I've been left behind. but I know, it is not their intention. suatu hari, ibu cerite die pergi pasar malam and beli nasi bungkus untuk aku. wahh, TERHARU... yeah they do remember me, ALWAYS.

2. the moment with my dearest friends
          I am U student now. and left my school world behind. my friends that I always share my probs, cry together, fight together, bergurau senda, time lepak kat tempat letak basikal, time breakfast pagi2 kat kantin, time makan maggi mase PMR. owh YES i do really miss that moment. first month masuk U, yes saya rase kosong cause my roomie, member die banyak yang same U ngan diorg. but, saya hanya la sebatang kare di tengah lautan dalam. ( okeh, sastera sgt ) hampir nangis actually time tuh. but, i have to be brave. dan untuk mengurangkan rase rindu tuh saya contact la mereke kadang2.
       in a few month, dah okeh dah. dah rapat ngan roomates, classmate. masuk lah sem 3. sekarang, I really rindu my roomate yang cerie cm dulu. skang seem different cause masing2 busy with their stuff. yes, walaupun hari2 jumpe, tapi x macam dulu. mase same2 makan kat Wendy's, same2 belajar tgh makan, same2 berkumpul makan same2, same2 pergi shopping. YEAH!! I MISS THAT MOMENT.
      tapi, hubungan ngan classmate semakin rapat. saya dah berani nak share secrets with one of my friends. create new precious moment with them. gelak same2, nangis same2, share stories. yeah, i'm happy.
       All in all, saya harap sgt precious moments neh x hilang malah bertambah banyak dari hari ke hari. yang dah retak tuh, insyaAllah akan dibaiki. Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Dia akan tolong hambanya yang berniat ke arah kebaikan.


*p/s every moment with your loved ones, please do appreciated it. because ianya menanbahkan lagi rencah2 kehidupan yang korang semua hadapi dan alami. walaupun, yes perasaan rindu itu menyakitkan,but itu lah yang menguatkan kasih sayang yang pernah terjalin. please do tgh baring2 tuh ingt balik that precious time, supaya kita sentausa bersyukur. and dont forget to say Alhamdulillah.

DONE!!!! thanks for reading my 'luahan hati' =]

Thursday 5 April 2012

we are BROTHERS and SISTERS


assalamualaikum, hello there WORLD

tgh2 bukuk facebook, tergeraklah hati untuk menonton video yang di share oleh seseorg neh.


dan, AKU SUKE LAGU INI!!!!

bukan pasal lagu ni, yang nak diceritakan accually. tapi berkaitan je. lagu ini banyak sebut perkataan TOGETHER. 

ape2 yang kite buat pown, mesti ade yang teman. means that we are not alone in this world.
but sometime, aku pelik, banyak org putus asa dengan ujian yang Allah berikan. antara sebabnya, die rase macam die tanggung sorang2. sampai ada yang bunuh diri la.. haish..= ='

come on guys, look around you. you have family, friends, teacher and the community around you. why should you feel alone. and dalam apa2 yang kite buat selama neh, walaupun zahirnye kite memang lah buat sorang2, but indeed we do it all TOGETHER

from my experiences, kalau aku tersuke kat seseorg, memang lah aku suke sorang2, but there is my friend to be talk with. kalau aku rindu family, ade jugak kawan2 aku yang rindu family die. we share the same feeling. kalau aku rase nak nangis sebb lenguh kaki, aku ada mak aku yang boleh lend shoulder die.

dan, selau jugak aku jalan sorang2 pergi kelas, aku rase teramatlah sunyi. like i'm alone. but dan perjalanan tu, aku selalu terkenang kembali kenangan bersama keluarga, kawan2, cikgu2 dan ramai lagi. dan aku rase BERSYUKUR SANGAT2. sebab aku tahu aku x sorang2 dalam dunia nie.

and REMEMBER that we always always always have ALLAH.

DAN, ketahuilah Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Dia tidak akan biarkan hamba2nya yang beriman bersedih hati. setiap senyuman itu kerana kasihnya Allah, dan setiap duka itu juga kerana kasihnya Allah. 

and also, THERE IS ALWAYS HAS A LIGHT AFTER THE HEAVY RAIN( okeh cilok dari tajuk presentation kawan aku, tapi ayat neh best )

GAMBATEE people !!!


Saturday 31 March 2012

JUST DO IT

terpikir, termenung, tergamam??

ada jugak niat nak buat blog neh, tetibe ade suare kate...

" ish malu weh bile membe kau bace nanti, kau cakap bukan betul sgt" tettt dan ade lagi, " buat ape ko buat, dok merepek ja kat internet tuh, haish buang mase" okeh fine, lagi lagi " leceh la, susah sgt nak buat bende alah neh, technology tinggi sangt, kau dah la buta IT "

jadi, tertangguh lah niat tersebut atas alasan diatas selama bertahun lamanya. dan sekarang tiba2 perasaan itu kembali menghantui, di sbbkan pernah mnglami perasaan itu, sekarang aku jawab balik alasan2 di atas.

" hmm, lantak pi la membe aku nak kate ape, ade ape dgn diorg, aku ade blog korang? " tettt dan ade lagi "macam2 boleh buat dalam blog neh, boleh berdakwah. boleh sebarkan ilmu, bukan semate-mate membuang masa je" okeh fine, lagi lagi " time neh lah nk blaja dunai IT, karang 10 tahun akan datang mane tahu semua org gune technology, conth anak2 aku nnti blaja melalui blog keh, atleast aku tahu"

dan jawapan di atas la aku mula berkata, ( dalam hati je la, malu kat roomate kalo ckap kuat2) JUST DO IT.. tak menyalahi undang2 pown, tak melanggar suruhan Allah pown, tak cederekan sesiape pown.

dan sekarang, aku dah ade BLOG. korang bile lagi? hahahhaa

for the first time, sure I'll be KEKOK... but lame kelamaan okeh kot..
dan, InsyaAllah blog ini digunekan di jalan yang benar dan ianya berguna bukan semate2 untuk memiliki populariti. Amin...

dan aku nak korang enjoy video neh sat. Aiman Azlan's first vlog. and I'am totally feel like him too. tgh dengaq video neh, pause lah dulu music player bawah tuh ye ^^




thanks for read my words up there !!